Sunday, 18 December 2011

Macam mana nak padam mesej Automatik Yahoo Messenger

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ada satu hari tu saya tengah YM dengan wife, dalam seminit tu tak kurang daripada 10-15 e-mail yang saya terima di Yahoo Mail.Dan untuk pengetahuan anda, setting default Yahoo Messenger akan membuatkan setiap kali e-mail masuk ke Yahoo Mail, akan timbul tab notifikasi kat bawah sebelah kanan skrin anda.Bayangkan sehingga 20 notifikasi timbul semasa anda sedang ber YM?Betul-betul menyakitkan hati!Ok la, sesi luahan perasaan dah abis, sekarang untuk sesi video tutorial tentang bagaimana Nak disable notifikasi yang menyakitkan hati tu :)

Macam mana nak tambah gadget dalam blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya nak tunjukkan pada anda yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia blogging ini tentang bagaimana anda nak "menyemakkan" blog anda dengan gadget-gadget yang disediakan oleh blogger.com.Macam biasa, saya sediakan video untuk memudahkan anda.

Saturday, 17 December 2011

Freeware Software Yang Cool

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Berjumpa sekali lagi di blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi satu software yang sangat berguna kepada anda terutamanya yang selalu tengok YouTube.Contoh la anda ni seorang yang suka memasak, tengok video cara-cara memasak kat YouTube tapi tak boleh download.Kalau setiap kali nak tengok bukak YouTube, bagi yang guna Streamyx takpe la, tapi yang guna broadband?Kejap je data limit abis nanti.So, jangan risau, saya ada terjumpa satu software yang percuma untuk digunakan.Bestvideo downloader, sila lihat video di bawah untuk bagaimana cara anda download dan menggunakan software ini, mudah saja!

Macam mana nak buat blog

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Saya ingin menunjukkan kepada anda cara-cara membuat blog.Nantikan video saya di sini.